Saturday, May 16, 2009

GO HAFIZ GO HAFIZ



Budak-budak pun seronok sakan tak sabar nak tengok Hafiz buat persembahan :)

Wahh...malam ini konsert final AF & kita orang dah bersedia nak tengok hafiz membuat persembahan untuk konsertnya yang terakhir ...semalam saya tak tido dibuatnya selain sibuk dgn blog ini maklumlah baru semalam blog ni wujud punyalah excited sampai tak ingat waktu berlalu begitu cepat. Saya jugak ambik kesempatan hantar AFUNDI10 HAFIZ ke 32999 takut kalau last minute hantar afundi line pulak jadi conjested (betul ke spelling ni???) lantak lah. yek..hehe

Auntie saya dah awal berkempen suruh saya mengundi Hafiz kurang2 dalam RM50 bila saya kata buang kosong kat belakang jadi RM5 boleh tak??? hehe last2 dia buat deal dgn kita orang sekiranya Hafiz menang dia nak refund RM50 tu...Yahooooo!!!!!

Boss pulak tiba2 kasi duit syilling punya lah byk dari tabungan dia kot adalah sekitar RM25 buat saya beli reload card kelakar betul..haha

Bukan itu aje kawan saya Julie pulak sempat lagi promote T-shirt Hafiz...untuk final concert ni kita orang bercadang nak tengok kat luar aje, biasanya kita orang menonton kat rumah sambil lepak2 makan2 tapi malam ni nak merasa kelainan dan kita orang akan guna t-shirt tu sebagai tanda sokongan terhadap Hafiz dan membawa semangat Hafiz :)

Moga-moga Hafiz tampil sebagai anak jati Sarawak yang pertama menjadi Juara Akademi Fantasia...Amin! Hafiz semememangnya punya bakat besar tak tidak kita nafikan, betul tak? Ok lah tak boleh nak menyembang lama2 dah nak ready tengok konsert AF ni.. nak berkemas, pergi makan kat luar dan menonton konsert Hafiz.

No comments:

Post a Comment